dalam seminggu dua ni rasanya tak menang tangan nak buat keje. al maklumlah su3 balik msia for one month vacation (actually hantar bini balik bersalin)... so kenela cover keje2 admin n kewangan kejap.
cuma terpikir nak selitkan tips yang rasanya boleh la digunapakai kalau nak wat umrah lain kali.
antaranya ialah:
- paling elok nak umrah (tak ramai org) yelah 2 minggu pertama raya puasa. tak pun masa weekdays. (kalau weekend, org sekitar mekahakan turun umrah sekali)
- kalau nak beli peralatan umrah (kain ihram, selipar, tali pinggang) boleh la di beli di tempat miqat. memang pelbagai pilihan dan harga mungkin lebih murah dari KL. kualiti ok. boleh la nak pakai untuk umrah. next trip boleh beli lain - so tak perlu bawak banyak2 dari msia. nak bawak pun bawak la buku panduan umrah. kat sini susah nak dapat buku bahasa melayu.
- skang ni kene beli air zam2. dah siap dalam botol 10 liter sr 30. 5 liter sr15. kalau nak amik sendiri boleh, kat perkarangan luar tu ade tong air zam2 yang sangat besar. so kenela sikit2 masukkan dalam plastic cup then curah dalam botol. harga botol kosong murah je. sr 5 bagi 10 liter. yang kecik lagi murah la.
- nak bawak air zam2 balik msia kene balut ngan plastik lagi satu. contoh adalah seperti di bawah. leh carik kat kedai sekitar masjid tuk balut botol nih. sebab skang airways tak bagi bawak balik unless balut camni. sorang leh bawak satu botol 10 liter.

air zam2 dalam botol 10 liter yang siap dibungkus
- nak tukar duit elok la kat msia. kat sini leh jugak tapi tak digalakkan la sebab mahal sikit compare ngan kat msia.
- elok pergi waktu muda dan sihat. elok la nak buat umrah dulu sebelum pi buat haji. at least bile pi kursus haji nanti dah dapat gambaran sikit2.
- tak perlu bawak banyak baju. kat area masjid tu banyak kedai laundry. harga ok boleh tahan. tak mahal sangat. siap gosok lagi. nak beli sabun basuh, kat makkah pun banyak.
- vitamin elok la bawak sekali. kasik tambah sikit tenaga untuk beribadah.
- jgn lupe silent/off handphone dalam masjid yer.. ni depan kaabah pun ko nak buat kecoh lagik ngan bunyi henpon yang bingit tuh... baka kata TM ' tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi"
- banyakkan minum air. sini cuacanye tak lembab macam msia. so banyak hilang air tanpa kita sedari. pakai losyen sekali. mana2 dry spot tu sapu la ngan losyen. tak kira laki ke pompuan. kalau tak kulit kering je nanti. brand vaseline ok gak. kat makkah pun ade jual.
- rancangla masa anda di makkah at least boleh buat 7 kali umrah.
- iklaskan niat, kuatkan azam, lawan nafsu mazmumah tu... amiklah peluang untuk beribadah khusus + sunat sebanyak mungkin... mungkin ianya ziarah kita yang terakhir di tanah haram ini... sapa yang tau kan ( lagu background - andai ku tahu - ungu)
Selamat menunaikan umrah!!
ilal liqa' wa maas salamah.


3 comments:
nak sket air zam zam tu hehhe
aleeya - leh no prob.. nanti datang kat umah parents i ok. heh..
good tips.... thanks bro!
Post a Comment