Sunday, May 11, 2008

Omak - tiada gantinya...

bismillah hir rahman nir rahim

hari ni hari ibu ek? ingatkan minggu depan? emm tu pun azie bgtau baru la tau... thanks belikan kek,hadiah dan kad tuk omak...

actually last few days ade gak surf website on hari ibu nih... ada yang kata haram sambut... tapi bacaan tu dari ulamak di indonesia... di saudi? emm lagi la takde..

kalau ikutkan setiap hari adalah hari yang special tuk omak/ibu/mama/umi/mami dan sebagainye lah... sambutan seperti hari ibu nih mungkin untuk lebih meraikan lagi mak2 kita walaupun memang hari2 kita akan raikan dia...

kebetulan pulak kak jem emel lagu nih pasal hari ibu... sedap gak lagu nih.. pesanan buat anak2 yang dah membesar tuh dengan jayanya skang ni di pelbagai ceruk rantau...

ingatla.. redha Allah adalah atas redha ibu bapanya...

kalau buat salah tu cepat2 mintak maaf.. keampunan ibu ni tiada nilai yang setanding... skang mungkin tak nampak.. sok2 kat akhirat.. tau la... :)

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Buat omak (err ni bukan skrip lagu yer)
Terima kasih kerna membesarkan saya dengan penuh kasih sayang dan kesempurnaan...
Tiada yang lebih daku dambakan melainkan keredhaanmu dalam apa jua bidang hidupku ini...

Buat Mak mertua di Muar,
Terima kasih jugak sebab membesarkan isteri saya... sehingga kami menjadi pasangan suami isteri... tanggung jawab dah beralih kepada saya... insya Allah saya akan jaga amanah ini sebaiknya...

ilal liqa' wa maas salamah

1 comment:

Anonymous said...

syahdu siut lagu ni..lirik dia penuh makna dan mendalam..lg 1 lagu aishah 'syurga di telapak kaki ibu' mmg menyetuh perasaan!!!