Sunday, June 1, 2008

Panduan buat bakal perantau ke Riyadh

bismillah hir rahman nir rahim

List ni dapat dari Kak Jem, chef kat Riyadh nih. Sebab Azie nak dtg hujung bukan nih so, aku pun mintakla kat kak Jem apa barang2 yang takde jual kat sini.
Yang bagusnye Kak Jem bagi list yg bg aku sangat la comprehensivenye.... dahsyatla kak Jem buat list.. heh siap ade komen lagi.
Jadi kat sini, buat sesapa la yang rasa nak merantau kerja ke, jalan2 ke, nak memasak kat sini, ni panduan dari Kak Jem.


Tulisan berwarna biru adalah priority sbb nanti menyesal kalu tak bawa, tulisan merah tu kak jam baru tulis untuk makluman jer.


SENARAI BARANG-BARANG MAKANAN

JENIS MAKANAN - CATATAN

1.Beras Basmati / Siam / Pulut ada Harganya dlm SR4 – SR5 /kilogram

2.Minyak Sayuran/Jagung/Bunga matahari ada Minyak olein kelapa sawit tiada

3.Susu pekat manis / Nescafe / Milo ada Harga mahal 3x

4.Cili kering seperti di Malaysia tiada Hanya terdapat cili kering India (sgt pedas)

5.Bihun ada Harga mahal 2x

6.Laksa kering Tiada

7.Rempah ratus (buatan India)ada Lebih baik bawa Msia punye

8.Rempah Tumis-kayu manis, pelaga, cengkihada Bunga lawang – baru jumpe last week kat Carrefour

9. Nasi Himpit TiadaKak Jam boleh ajar buat sbb plastiknye ada

10.Kicap (buatan Filipina/Thailand)ada Lebih baik bawa

11.Sardinada Rasa kurang sedap

12.Berus gigi ada Harga mahal

13.Sabun basuh buatan Malaysia tiada

14.Bunga kantan/daun kesum/daun kunyit tiada

15.Kapur sirih /petis udang/ragi (jika perlu) Tiada. Kot nak buat apa2 ke

16.Rempah Sup Bunjut Tiada

17.Ikan bilis (drp Thailand)ada Mutu kurang baik dan mahal

18.Udang kering/sotong kering (jika perlu)ada Harga mahal

19.Mee segera (Perisa Selera Filipino)ada Jika perlu lebih baik bawa

20. Ikan kering/masin (drp Indonesia/Filipina)ada Lebih baik bawa Msia punye

Nota: Senarai barang-barang di atas adalah lebih baik dibawa kerana kemungkinan yang terdapat di sini tidak memenuhi selera/keperluan.

Hampir semua barang keperluan Asia boleh didapati disini, walau bagaimanapun harganya 2x atau 3x ganda dari harga di Malaysia. Sekiranya tidak menggunakan dgn banyak rasanya tidak perlulah dibawa


ilal liqa' wa maas salamah

1 comment:

dazzling 948 said...

ko ni...makan jee....
hehehe...
pttla membesar bagai johan...
ehhehee...

btw, duit sewa mei dh masuk tp aku lupe tolak recoverable insurans tuh..
next month la aku tolak.. :)