hari ini dalam sejarah. dan konfem stesen minyak penuh malam nih... bawak tong kalau boleh.
mungkin ini masanya kempen car pool akan dimanfaatkan sepenuhnya. atau basikal makin laku.
namum mekasnisme rebat tunai masih lagi belum dijelaskan. mungkin rebat tersebut memberikan pulangan yang boleh 'menawarkan' kenaikkan harga petrol yang tinggi ini.
kalau dulu masa bulan 3 kat msia, isi minyak kete kelisa penuh dah rm70. skang ni naik 40% lagi.. ye hampir2.. rm100 untuk kete kelisa...kalau tanpa rebat.
namun dikatakan harga tersbt masih jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa minyak iaitu hampir rm4 seliter... hem..
wlpun aku di sini masih bersyukur dengan minyak 51 sen seliter, jauh di sudut hati terkenangkan family, kawan2, sedara2 yang di msia yang bakal menerima kenaikkan ini...
petikan akhbar utusanonline
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.


7 comments:
Good bye cheap petrol....
It is very easy to read. Pak Lah is aware that he is no longer needed by the people and now what he's thinking and doing is to get as much money as possible before he will be kicked off. He knows that there will be no place for KJ, Kamaludin and his cronies while he is longer at the helm. After he have given peanut to certain group of people (Ceupacs,T.Salleh n Gang, Teachers), now this is a time for him to rob as much as he can.
Go head Pak Lah,keep on stealing the people money. we, Rakyat Marhain who are much affected will not REDHA and forgive for what U have done to us.
aku igt lg masa duk KL... ko bg aku info minyak naik... padahal aku xtau dan masa tu aku dh ade kat stesen minyak sambil terpinga2 kenapa ramai sgt org isi minyak...wakakakaka...
aku pasni nk kayuh basikal dari Bandar Baru Uda ke Pasir Gudang... nnti ko blk Malaysia kompem ko x kenal aku... pasal aku dh kurus + muscle2 sbb kayuh basikal hari2... hahahahaha
nk email..nk add kt blog psl dh privatekan
afdal - sakit woo... claim mileage gomen kene naikkan la.. singgit setengah sekilo.
anonymous - still thinking what are we suppose to do/decide if we were the pm... pening heh... banyak cash outflow nih...
seman - haha.. teruskan usaha murni ko.. kalau tak pun ko pindah je sini. ade kosong post f29.. :)
darlingsz - done
pindah mana?? pindah Riyadh ke?? perrgghh kalo aku bujang lg bleh gak aku follow ko..
seman - dapat anak lagi rezeki murah bro.. dun wori.. rezeki Allah ini banyak dan luas.. dengan kekadang cara yang kita tak terpikir.. :)
Post a Comment