Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan Kareem 1429H

bismillah hir rahman nir rahim

Salam Ramadhan Kareem,

Di sini, sambutan utk Ramadhan nye cukup meriah. Macam nak hari raya kat Malaysia.. Saudi akan mula berpuasa pada 1 September 2008. Sama macam Malaysia kot.. Sini Subuh kul 4 pagi.. Maghrib 6 petang.. lebih kurang 14 jam puasa. Siang suhu makin turun. Cume max masih lagi 45.. kalau 38 tu pun dah cukup baik.

Ucapan 'Kullu A'min wa Antum Bikhaiir' yang biasa kita gunakan masa hari raya dah pun disebut2 semasa menjelang Ramadhan.

Memasuki Universiti Ramadhan ini saya dan isteri memohon kemaafan atas keterlanjuran dan kesilapan bahasa, perbuatan dan sebagainya yang mengguris hati dan perasaan pembaca2 blog sekalian.

Moga Ramadhan kita kali ini lebih diberkati dan dipertingkatkan amalan ibadah kita. Insya Allah.

Salam Ramadhan Kareem,

Azral & Aziana,
Riyadh, Saudi Arabia


p/s: pagi2 subuh tadi dah telefon mak abah, mertua, adik beradik, ipar duai, atuk nenek, makcik pakcik.. ucap Salam Ramadhan dan mintak maaf. Moga dipermudahkan ibadah kita di bulan Ramadhan nanti.. oh Selamat bertunang jugak buat sepupu, roswadya.
ilal liqa' wa maas salamah

4 comments:

Anonymous said...

salam ramadhan .. dan salam merdekA

Anonymous said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa. Kami di US pun puasa 1 Sept gak. Moga ibadah tahun ni berlipat ganda berbanding sebelum ni..

Anonymous said...

Salam ramadhan.

I find your blog very informative as I am about to relocate from Kuala Lumpur to Riyadh in the coming months.

If it is not too much trouble at your end, I would love to know more as I am in the midst of finalizing my arrangements. I can be contacted at badrol.hisham@gmail.com.

Thank you.

perantau.tt said...

jeff - merdeka di bumi asing tak sama dgn di bumi msia. :0

ayoi - Ramadhan KAreem. moga kita dipermudahkan ibadah dlm bulan ini.

badrol - thanks.. ahlan ila riyadh.