tak tahu camne nak mulakan blog entry kali nih.
sebak ade, terharu, lemah sikit. namun digagahkan jua.
berita yang diterima sangat mengejutkan. macam tak percaya. namun itulah hakikat.
sahabat dan teman yang baru dikenali sejak 5 tahun lepas telah pergi meninggalkan kita.
untuk makluman, Allahyarham Khairil Hisham bin Ahmad telah pergi meninggalkan alam fana' ini pada 18 sept jam 6.06 pagi waktu tempatan di Libya. Arwah pergi meninggalkan seorang balu dan dua putera yang kecil2 lagi. Arwah yang turut dikenali sebagai Khai dikalangan rakan satu batch ptd ini orgnya sangat baik, pendiam, tak banyak cakap namun komited terhadap kerja dan juga Islam.
semasa kursus 6 bulan di intan, kami merupakan jiran berhadapan bilik. arwah yang merupakan graduate uia byk memberikan nasihat dan merupakan rakan waktu senang dan susah. namun Allah lebih menyayangi beliau... diambilnya ketika bulan yang suci ini bulan Ramadhan.. Syahid dunia bak kata encik lokman...
masa berita diterima, masih pagi di riyadh. sms dari dayat maklumkan berita ini pohon pengesahan... terkedu aku sekali lagi... sebagaimana masa terima berita pemergian ibunda afdal.. juga waktu pagi... terus aku buat panggilan ke hp arwah... 3 kali.. dan tak berangkat... terus rasa tak sedap... kol dayat.. dayat dapat tau dari kawan di pejabat ibu arwah bekerja...
kol staff di emb libya.. juga tak berjawab... emm no isteri arwah ade.. disambut dengan tangisan.. Allahu Akbar.. air mata aku dah mula mengalir.. berita itu disahkan oleh isteri arwah...
yang menambah lagi kesedihan aku mungkin sebab pernah bersama arwah menunaikan umrah pada bulan 6 yang lepas... mas atu arwah itw balik ke msia tuk bersama isteri bersalin anak mereka yang kedua.. arwah amik keputusan utk singgah menunaikan umrah... selama 5 hari kami bersama ke madinah, mekah dan jeddah... arwah berjanji untuk dtg lagi bersama keluarga pula.. rupa2nya, arwah pergi dulu.. dan alhamdulillah sebagai rakan, aku merasa sebak dapat tunaikan hasrat arwah untuk menunaikan umrah... blog entry pasal umrah kami ade dalam simpanan ku.
dan aku masih lagi teringat semasa menunggu arwah baru sampai dari libya ke jeddah... lambat sikit keluar.. ada masalah dgn luggage namun kelibat arwah dah aku nampak dari luar.. arwah kurus orgnya.. tapi bertenaga.. malam kami sampai ke mekah dari madinah, arwah berkesempatan untuk menunaikan lebih dari satu kali umrah.. sedangkan aku sekali umrah sahaja. sebenarnya arwah berniat nak tunaikan 7 kali umrah.. namun pagi esoknya subuh, arwah kata tak berkesempatan.. cume lebih dari satu dan bilangan sebenarnya biarlah dia sahaja yang tau.. agak perahsia juga..
dalam masa tu arwah juga hadiahkan aku dan zaujah hadiah sempena perkahwinan kami.. maklumlah masa majlis, arwah berada di libya. dan hadiah2 itu masih lagi di rumah... Allah... tabahkan hati hambaMu ini...
sempat juga kami singgah makan di rumah cg jeddah.. rupanya itulah hidangan terakhir beliau di rumah itu.. Allah.. sedihnya bile mengenangkan semula detik2 itu... sempat lah arwah naik kereta aku.. yang juga merupakan kereta idaman beliau...
itu semua tinggal kenanagan.. arwah telah pergi walaupun masih lagi diperlukan terutama oleh isteri dan anak2nya...
dan aku masih lagi terawang-awang bila memikirkan berita pemergian itu... dua hari sebelum ajalnya, sempat jugak arwah menegur aku melalui ym nye.. sempat load environment apetah.. tapi kami berborak tak panjang.. situasi kerja waktu itu tidak mengizinkan.. rupanya arwah nak ucapkan salam terakhir buat aku...
percayalah pada qada' dan qadarNya. arwah pergi dalam menunaikan tugas rasmi.. tugas demi negara.. dalam bulan yang mulia.. bulan Ramadhan.. mudah2an arwah terus dibawah lindunganNya.
dalam kereta.. aku pasang lagu hijjaz,.. ko sahabat ko lah teman... buat arwah terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat. kenangan kita bersama pasti tak luput dari ingatan... buat Puan Syahrizad... berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.. namun kami doakan kalian tabah mengahdapi segalanya...
Al Fatihah...
p/s: rakan2 bloggers yang lain turut menyampaikan takziah di blog wan rafidah; badd; tini; jeff; abuwafi
ilal liqa' wa maas salamah







31 comments:
INNALILLAH....
moga rohnya ducucri rahmat.. amin
Al - Fatihah
Azral, thank you for the post...
Syahdunya...sampaikan salam takziah akak buat isteri dan keluarga allahyarham -ctj-
Dear Azral, nicely written. The photos spoke for itself. I'll certainly missed him. Takde ayat aku nak tulis... we have lost a very...very...good friend. Allah lebih menyayangi beliau. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada keluarganya menghadapi peristiwa ini-Shahir BSB
Takziah buat arwah dan keluarganya, daripada sahabat-sahabat di UIA, tentu abang saya, Hasny di Libya mengenali arwah juga...al-fatihah...
Hasry
prebetsabu - Insya Allah.. maaf lambat sikit upload tag ko tuh.. bz skit lately.. ni pun emergency..
cheekywife - u take care kat sana k..
kak ctj - kejadian ni membuatkan berpikir dua tiga kali nak keje oberc
Shahir - really sorry for you.. aku tau rapatnye ko ngan arwah... masa tulis ni pun emosi dah stabil sikit..
Hasry - how r u my SMAKL senior.. heh ingat nta n your twin tu.. juniormesti ingat senior. emm yelah dia kat sana yer.. pasti dia tau..
takziah...semoga roh beliau dicucuri rahmat....
salam all,
kebetulan bila googling dapat jumpa blog ini.
Arwah dan org umah dia kawan baik saya n wife. smlm petang bila dapat tahu berita ni, macam nak rebah dibuatnya... Namun Allah lagi menyayanginya.
Mlm tadi kami ziarah wife arwah... bila jumpa anak2nya yang masih kecil... bergenang air mata kami.
Sepanjang pengenalan kami, arwah mmg seorang yang amat baik. Alfatihah buat arwah khairil hisyam.
waqz
Saya turut bersedih dengan pemergiaan Allahyarham. Takziah
Shahnaz
abuwafi98@wordpress.com
Salam semua,
Mula2 masa terima berita dr ex staff International Islamic College (IIC) pasal pemergian arwah, jantung berhenti sekejap. Mungkin sbb terlalu out of sudden bercampur lama tak dengar berita pasal arwah.
Saya dgn arwah tak lah rapat sgt sbb masa saya bekerja kat IIC, dia dikira ketua kami. Pun begitu, sekali sekala bila bertemu, baik dlm bersahaja mahupun dlm mensyuarat rasmi, arwah jelas seorang yg amat senang bersama. Senantiasa murah dgn senyuman. Lembut tapi tegas.
Teringat bila arwah minta bagi talk kat staff on "ethics in disagreement." Cukup committed dia dgn Islam.
Semenjak arwah meninggalkan IIC dlm year 2003 mcm tu for PTD, last saya jumpa arwah masa arwah dan isteri menghadiri majlis konvokesyen IIC sbg guest. Masih segar di ingatan ini, arwah dgn wataknya yg peramah dan senyuman yg tak lekang dr pipinya.
Bila mendapat berita tu, terus saya call sahabat kat IIC untuk mendapat kepastian. Call Gee, suara dia sebak. Katanya confirmed. Dia baru call kak ijab (wife arwah).
Tersandar sekejap kat kerusi, "Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un"
Member kat office terdengar menyampuk, "Knp? Ada orang meninggal ker?"
Kemudian I terpikir balik, SubhanAllah! Memang Allah amat2 menyayangi arwah dgn mengambilnya pada bulan Ramadhan.
"Ya Allah, rahmatilah rohnya, ampunilah dosanya, permudahkan urusan barzakhnya dan masukkan dia ke dalam syurga Mu. Bangkitkan dia kelak di akhirat nanti bersama para Nabiyin, Siddiqin, Shuhada dan Solihin. Amin ya Rabbal Alamin"
Kepada Isteri beliau, Akak Ijad, banyak bersabar dgn dugaan Allah. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu pasrah kepada ketentuanNya.
Fadhlan
Azral ..
aku link ajalah entri kau ni kat blog aku ya. apa yg kau tulis ni dah cukup detail dah .. tak daya aku nak mengarang ttg kisah ini
minta izin ya
juf - yup we gonna miss him until our last breath
adda - thanks for the doa
waqz - ahlan. teruskanlah tunaikanlah tanggungjawab sebagai muslim kepada arwah khai..masa kita jua akan tiba nanti
shahnaz - husnul khotimah yang kita doakan untuk kita kelak..
fadhlan - thanks for sharing those memories with arwah..
jeff - no prob.. ko sesidang ngan arwah mesti lebih terasa kan.. linked your too
Al-fatiha....
May Allah bless his soul and sabar to Izad and other family members. what gem of a person have we lost.
Adnan
Innalillahhi wainnailaihirojiuun..
takziah buat isteri dan ank2 arwah yg masih kecil..
aduhai, sayunye hati nih w/pon tak mengenali arwah..meninggal dlm usia ygmuda di kala isteri dan ank2 maishmemerlukan..
but on the 2nd thought, bersyukur sbb arwah 'dijemput' dlm bulan yg mulia ini dan dlm usia yg muda bermakna tidakla byk dosa yg dibawa..
smg isterinya tabah dgn ujian yg maha hebat ini..dan smg roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kal.org2 yg beriman..ameen...
Innalillahi wa innailahi raji'un.
Teriring du'a dan taziah untuk arwah, meski saya tak mengenal beliau tetapi saya mengenal dgn baik auntie beliau yg tinggal di Seattle, USA bersama saya di rantau orang. She sometimes mentioned how humble and kind his nephew Khairil to everybody and his family until his last day...
salam..
kebetulan terjmpe blog ni, sy sepupu arwah. alhamdulillah semalam jenazahnya selamat dikebumikan, dan syukur, ramai rakan2 dan saudara mara yg dtg solat jenazah.
terima kasih bg pihak kami, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin~
salam.....
Terlalu banyak kenangan dgn beliau sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Seluruh ahli keluarga terkejut dan sedih dengan pemergian dia....
-adik se-susuan-
Saya ada menulis tribute untuk arwah,edisi khas kepada yang tidak dapat hadir.komen dari abang arwah juga ada.
My Malaysian wife and I met Khairil Hisham Ahmad earlier this year when he came to Malta with the Malaysian Ambassador, Dato Zulkifli Yaacob and his staff.
His welcoming smile and excellent manners were my first "official" experience with Malaysian authorities and he definitely did leave a strong impact of Malaysian hospitality.
My wife was reading the Malaysian news this morning and in a disturbed way, she gave me the sad news about the tragedy in Libya.
We offer our condolences to the family of Khairil Hisham Ahmad, to his friends and Embassy.
Malaysia lost a pleasant and intelligent diplomat and we lost a dear friend.
Alfred & Choy Hong Grech
Malta
I only met Allahyarham a month and a half ago when i went to tripoli for MOHEX 2008. From my short time knowing him, i can tell that he was a kind and honest person. My condolences to family and friends.
-Nik
-Dubai
Salam takziah buat arwah. PTD yang humble sepanjang kenal dia. Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang soleh. Ex-wisma putra
Saya dan suami kawan arwah Hisyam dan Izad di IIC.
Arwah Hisyam memang seorang yang sangat baik dan dihormati. Sekiranya ada senarai kawan-kawan yang baik, sudah pasti nama arwah akan berada di dalam senarai nama-nama teratas. Sungguhpun tidak terdapat banyak ruang untuk kami bersama tetapi persahabatan itu amat terasa.
Kali terakhir kami berjumpa ialah pada waktu arwah pulang melihat anak kecilnya yang baru lahir. Langsung tidak tergambar pada ketika itu yang arwah akan pergi sebegitu cepat. Itulah hikmahnya Allah tidak membuka masa depan pada mata kita. Susuk tubuhnya seperti dahulu juga. Dia memeluk erat suamiku. Erat sekali. Kenapa dia begitu baik?Fikirku. "Mahiz,mahiz.." Katanya berulang kali. Aku dan izad tersenyum melihat dua rakan yang begitu lama tidak berjumpa. Izad menghidangkan air. Hairan juga melihat Izad ke sana kemari dalam waktu pantang. Terdetik di hati ini yang Izad bukanlah seorang yang lemah semangat tapi cekal dan berdikari.Kalau tidak masakan dapat tahan menemani arwah di Libya. Tidak semua isteri dapat lakukan itu. Dengan elektrik selalu terputus, panas, kemudahan yang sangat minimal. Tambah pula dengan jadual arwah yang sangat ketat. Arwah meninggal dunia memang di dalam berjihad. Dia seorang yang komited sepanjang pengetahuan kami. Kami membelek-belek passport tersebut. Arwah bertanya nama anak-anak kami. "Zulfa dan Muadz" kata kami. "Oh, kebetulan pula hampir sama dengan Muzaffar dan Muazzam" katanya pula. Mereka bercadang untuk ke Libya semula selepas Izad dah sihat sedikit agaknya. Arwah menghulurkan passport Muazzam yang baru sahaja dibuat. " Bukan senang nak dapat passport diplomat." katanya. "Muazzam kecil-kecil pun sudah dapat passport diplomat." Ujarnya lagi. Ibu Izad sedang mendukung Muazzam. Seorang yang sangat supportive.Muzaffar menyendeng-nyendeng dekat abahnya. Arwah berulang-ulang menyatakan 'sayang abah', 'I love you' dan memeluk2 anaknya. Bagi aku, kasih sayang yang ditunjukkan amat ketara. Kami belum pernah berjumpa dengannya selepas berumahtangga bersama keluarga. Sebelum pertemuan tersebut hanya pada hari perkahwinan dan konvo IIC. Jadi kami tidak terbayang keadaannya bersama orang yang disayangi erat sebegitu. Arwah juga tersebut 'sayang' pada isterinya. Terkantoi agaknya. Dia dan suamiku tersenyum. Manis sekali peristiwa tersebut jika dikenang pada waktu ini.
Sibuk sekali arwah menyuruh kami merasa kurma yang baru dibawa dari umrah. Aku sempat merasa satu kerana begitu sibuk melayan anakku makan. Arwah meminta Izad membungkuskan kurma untuk kami.Arwah juga bertanyakan dimana boleh dapat kek sarawak utk diberi kepada kawan-kawan di libya. Aku suggest beberapa tempat.Akhirnya aku menyatakan yang aku akan buat sendiri sekiranya ada masa dlm 1-2 hari tersebut sebelum arwah bertolak. Arwah gembira tetapi di dalam masa yang sama dia tidak mahu menyusahkan kami. Suamiku sebenarnya enggan berjanji kalau-kalau tidak dpt menunaikan permintaan itu. Entah kenapa kami terus membeli bahan untuk buat kek tersebut. Bukan satu tetapi tiga jenis sempat aku siapkan. Kami begitu gembira sekali. Kami hanya sempat mesej pada Izad dan menghantarkan kek tersebut ke rumah Izad. Pada waktu itu mereka menghabiskan masa menziarah keluarga arwah di putrajaya. Kami terasa sangat berpuas hati dapat menghantar bingkisan tersebut. Teringat lagi sewaktu suamiku datang untuk temuduga di IIC, arwah yg merupakan panel interview beredar dari bilik tersebut. Dia tidak mahu biase atau ada conflict of interest. Dia memang mengenali suamiku sewaktu di UIA.Sungguh mulia peribadinya. Teringat juga sewaktu aku mengkhabarkan siapa bakal suamiku, dia berkata " You beruntung, Del." Teringat lagi apabila arwah mengkhabarkan kepada kami yang keputusan arwah untuk memilih Izad sebagai isteri di Burger King.Kami mengucapkan tahniah kerana arwah sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya. Teringat juga intention awalku untuk mengintai-intai peluang belajar di Malta. Aku mencarai-cari embassy Malaysia di Malta. Bagaimana aku begitu terkejut yang kedutaan Libya juga merangkumi Malta dan orang yang akan berurusan adalah arwah. Orang pertama yang paling gembira ialah suamiku.
Suamiku amat terkesan dengan pemergian arwah. Sesekali aku melihat dia termenung. Ada sekali tiba-tiba aku terdengar esakan yang tidak dapat ditahan ketika dia memandu kereta. Begitu dekat terasa arwah di dalam hati.
Aku baru menyambut ulang tahun pada 17 September, tidak pula aku sangka keesokannya aku bakal mendengar berita kematian. Sama terkejut rasanya apabila menerima berita kematian adik perempuanku dua tahun lepas yang meninggalkan suami dan anak kerana nahas jalanraya.
Semua sudah tercatat di dalam luh mahfuz. Kita merancang, Allah yang menentukan. Arwah mungkin mempunyai banyak perancangan dengan Izad dan anak2, tapi percayalah inilah pengakhiran yang paling baik kerana Allah yang menentukannya. Impian kita mungkin indah tapi Allah hanya berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita ingini. Izad, you are strong...you will discover it inside you.
Secebis kenangan,
Kawan-kawanmu Arwah dan Izad,
Mahiz dan Fadhilah
Bangi
salam...
coretan yang menyentuh jiwa dan perasaan...
Del,
izad ada pesan kat org umah... mintak kita semua yang berkelapangan jenguk2 dia dan anak2....
p/s - kami akan berpindah lepas raya... tak duduk kat apartment dengan abg wan lagi...
waqz
salam....
tak dapat digambarkan perasaan orang-orang yang menyayangi arwah... wpun tidak mengenali secara dekat.... hati ini dapat merasakan kehilangannya. Takziah untuk keluarga arwah ... tabahkan hati mu wahai sang isteri... anak-anak mu perlukan kekuatan mu untuk menempuh hari-hari mendatang. pemergiannya satu kenangan abadi buat semua yang mengenali... semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Ruby, Bintulu
Assalamualaikum.....
Saya adalah kakak kepada Shahrizad, isteri arwah. Beliau ada cuba post comments ke sini tapi tak berjaya. Beliau nak mengucapkan terima kasih atas sokongan kepadanya dan Al-Fatihah yang kalian sedekahkan kepada arwah.
Sekiranya ada arwah berhutang dengan sesiapa, minta hubungi ahli keluarga....saya sendiri pun takpe di yong@fecm.com.my untuk settlement.
Dan insya-Allah segala hutang dengan arwah telah dihalalkan.
Sama-samalah kita mendoakan agar arwah ditempatkan bersama2 orang yang dicintai Allah swt, dan semoga Shahrizad dapat melalui hari2 mendatang dengan hati yang cekal dan iman yang teguh...untuk Muzoffar & Mu'azzam, tak salah menumpang kasih sayang, kami akan sentiasa berada di sini untukmu.
Sayang selalu,
MaYong, AyahKrol, Abg Daus, Abg Faiq, Kak Yah, Kak Fiqah & Abg Cai.
Al-Fatihah,
Sebak, sedih, mengalir air mata setiap kali mengingatkan segala kenangan bersama Abang Hisham. Banyak hajat saya selaku adiknya yang tidak tercapai. Dua hari sebelum arwah meninggalkan dunia yang fana ini, saya melayari laman web Kedutaan Libya melalui webpage Kementerian Luar Negeri untuk mengubat rindu dihati, menatap wajah abang yang tercinta, yang hidup berseorangan tanpa ahli keluarga di Libya. Terkilan sungguh rasa hati ini kerana tak dapat sekalipun menghubungi Abang Hisham melalui telefon, tidak dapat menghadiahkan jam tangan baru sempena harijadi Abang Hisham pada 19.9.2008, berkunjung dan bercuti sama-sama di Tunisia, menunaikan umrah bersama2 seperti yang telah kita sama2 rancangkan. Terkilan sungguh. Tiba2 terasa dunia ini seperti kosong. Hendak dihadiahkan jam tangan tetapi kepada siapa? Hendak ke Tripoli untuk ziarah siapa? Abang Hisham, pemergianmu sungguh dalam memberi kesan kepada hidup ini. Pasti, hari-hari mendatang akan terasa berbeza tanpa kehadiran dirimu yang kami semua kasihi. Kini, Aidilfitri terasa begitu sepi.
Ya Allah, lindungilah Abang ku yang ku sayangi ini. Sesungguhnya, Engkau amat mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.
Segala kenangan dan memori sepanjang menjadi adikmu akan terus diabadikan dan dikenang dalam meneruskan perjalanan hidup ini yang penuh dengan ujian dan cabaran. Semoga dikurniakan kekuatan untuk mengikuti jejak langkahmu, mengamalkan segala tunjukajar dan nasihatmu, mencari ketenangan abadi sepertimu.
Assalamualaikum wbt.
Saya ingin meminta jasa baik tuan-puan, yg ada menyimpan gambar2 Allahyarham Khairil Hisham, untuk mengirimkan satu salinan pada saya buat koleksi dan tatapan keluarga yg sentiasa merinduinya. Emailkan kpd saya di shahrizadms@gmail.com.
Terima kasih atas jasa baik dan sokongan semua. Hanya Allah yg dapat menilai dan membalasnya. Wassalam.
-Shahrizad Mohd Sharifuddin-
salam. saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. walaupun saya tak kenal arwah tapi daripada cerita2 yang saya baca, arwah memang baik. semoga arwah abang hisham bahagia di sana. saya terasa sangat sedih dengan apa yang berlaku tapi kita perlu menerima dengan redha. alfatihah.
izinkan saya turut merasai kesedihan ini. jika ada peluang saya ingin ziarah anak-anak arwah. insyaallah...
Asslamualaikum...
Salam dari saya, kawan kepada arwah Khairil. Saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang suatu catatan yang tidak pernah dibaca oleh arwah Khairil semasa masih hidup. Lantaran, kami terpisah jauh kerana masa dan ketika. Walaupun sekian kalinya, saya tidak pernah menjumpai arwah Khairil sejak keluarganya berpindah ke Selangor pada tahun 1993. Tapi kami pernah bersekolah bersama, iaitu di Sekolah Menengah Ugama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu, Sabah. Alangkah seronoknya menjadi sahabat arwah dan berkongsi cerita suka dan duka tatkala kami menginjak alam remaja. Arwah Khairil baik orangnya. Peramah, penyantun dan berbudi bahasa. Saya tidak dapat lupakan senyuman arwah Khairil yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Setiap kali kami ketemu pasti ada saja yang disembangkan dan bergelak ketawa bersama. Bagi saya hanya kami sahajalah tempat berkongsi cerita tentang semua. Tiada yang lebih bermakna selain sahabat yang sudi mendengar masalah dan berkongsi cerita.
Buat Puan Shahrizad... bersabarlah dan perbanyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T semoga kalian berdua ditemukan oleh-Nya di dalam suyrga.
Walaupun sejak kami berpisah dan tidak pernah berjumpa. Saya tidak pernah mendengar lagi suara dan ketawanya ketika zaman persekolahan. Namun, namanya tetap tersemat di hati kami di negeri Sabah...
insyaAllah, kami sahabat satu batch PTD dengan Allahyarhamhu Khairil Hisham akan hadir ziraha dan tahlil di rumah balu beliau sabtu 14 Julai 2012 nanti.. terima kasih atas doa dan coretan kalian
Post a Comment