Sahabat-sahabat sekalian,
Adalah dicadangkan agar bagi mereka-mereka yang berkesempatan dan
tiada halangan pada hari isnin nanti untuk bersama-sama menunggu
ketibaan jenazah arwah sahabat kita di masjid klia kira-kira jam 2.30
petang pada Isnin 22 Sept 08 (waktu Malaysia),
agar kemudiannya dapat kita memberikan penghormatan terakhir,
melaksanakan tanggungjawab kita bersama-sama menunaikan solat jenazah
untuk arwah. Kemudian bolehlah kita bersama-sama mengiring jenazah
arwah ke tempat persemadian beliau di presint 20. Semoga segala urusan
arwah dipermudahkan oleh Allah SWT....
sumber : mrotec
Flight Itinerary:
21 Sept 2008 (Tripoli/Dubai) - EK 747 ETD 1450/ETA 0105 (22 Sept
2008)
22 Sept 2008 (Dubai/KUL) - EK 346 ETD 0310/ETA 1415
dari masjid klia ke tanah perkuburan presint 20
sumber gambar : Shahir (adik dia pi ziarah wakil abg)


5 comments:
al-fatihah
oo..kebumi di putrajaya..arwah org mane azral?
kalau tak keberatan, blh tau ape punca kematian arwah?
al-fatihah untuk Allahyarham dan takziah untuk keluarga beliau. Semoga tabah hadapi ujian ini.
Untuk makluman, berita kematian Allahyarhan telah keluar dalam akhbar Berita Harian..boleh rujuk veri online..
walaupun aku tak kenal langsung arwah, tapi bila baca cerita ni, sebak semcm sgt, especially mengenangkan baby tu..
Takziah pada keluarga Allahyarham.. moga roh nya di cucuri rahmat... amin..
dh baca berita harian.. ni link nye
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080923000400/Article/
al-fatihah..
Assalamualaikum & salam sejahtera pada semua.
Saya Khairil Helmi bin Ahmad, abang kepada arwah Khairil Hisham bin Ahmad ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua ingatan & bacaan Al-Fatihah saudara-saudari sekalian. ALLAH sahajalah yang dapat membalas budi baik saudara-saudari sekalian. Moga roh arwah Khairil Hisham bin Ahmad ditempatkan bersama-sama orang yang beriman & beramal soleh serta roh beliau ditempatkan ke dalam syurgaNYA. AMIN...
Kami sekeluarga juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada semua ahli keluarga tidak kira yang dekat atau jauh, kepada semua kakitangan kedutaan, kakitangan Wisma Putra & Kem. Luar Negeri, kakitangan lapangan terbang KLIA, Imam serta kakitangan masjid KLIA, pegawai Polis, kakitangan Perbadanan Putrajaya, pihak wartawan yang membuat liputan serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dari mula jenazah arwah diuruskan di Libya, ketibaan jenazah di lapangan terbang KLIA, disolatkan di masjid KLIA sehinggalah selamat ditalkinkan & dikebumikan di Presint 20, Putrajaya. Moga ALLAH merahmati & meredhai saudara-saudari sekalian di dunia & di akhirat. AMIN...
Kami sekeluarga ingin memohon ampun & maaf bagi pihak arwah andai semasa hayatnya ada melakukan salah silap kepada saudara-saudari sekalian. Harap diampunkan. Seandainya arwah ada berhutang dengan saudara-saudari sekalian harap dapat dihalalkan. ALLAH sahajalah yang dapat membalas jasa baik saudara-saudari sekalian.
Seandainya ada di antara saudara-saudari yang ingin menuntut dijelaskan hutang tersebut bolehlah berhubung dengan saya di #019-6360992.
Sekali lagi kami sekeluarga ingin memohon ampun & maaf pada semua andai sepanjang pengurusan jenazah arwah ada kekurangan dari pihak kami sekeluarga.
Buat pengetahuan semua, kami difahamkan bahawa arwah meninggalkan dunia semasa menjalankan tugas menyambut hakim Musabaqah M'sia ke Libya. Beliau dan pemandu telah terlanggar pokok ketika hampir ke lapangan terbang Libya. Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di Libya akibat kecederaan dalaman.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Shahrizad Mohd Sharifuddin dan dua orang putera Ahmad Muzoffar (1thn 7bln) & Ahmad Mu'azzam (2bln 20hari).
Sekali lagi kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih serta memohon ampun dan maaf pada saudara-saudari sekalian di atas segala-galanya.
Salam sejahtera & ingatan tulus ikhlas dari kami sekeluarga buat semua. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Khairil Hisham bin Ahmad. AL-FATIHAH...
Wassalam & salam sejahtera.
Khairil Helmi bin Ahmad (abang arwah Khairil Hisham)
019-6360992
Post a Comment