bismillah hir rahman nir rahim
Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani,
Selawat dan Salam ke atas RasulMu, Muhammad SAW...
Izinkan aku bermonolog kepadaMu
Aku hambaMu yang lemah tanpa bantuanMu,
yang hidup kerana izinMu,
yang bahagia kerana kasih sayang Mu,
yang mewah dengan kurniaan nikmatMu
Aku bersyukur Ya Allah dengan segala nikmat dan kurniaanMu..
Dari aku mula diciptakan sehingga kini aku masih dipanjangkan usia dengan izinMu
Ampunkan segala dosa2ku Ya Allah,
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dengan dugaan dan cabaran dariMu..
Lalai dengan suruhanMu..
Leka dengan nikmat dunia ini...
Sedangkan aku pasti bahawa Akhirat itu pasti...
Namun dalam kelekaanku itu Ya Allah,
Aku bersyukur Kau masih lagi memberikan nikmatMu kepadaku..
Nikmat untuk terus menghirup udaraMu tanpa bayaran,
Nikmat rezeki yang tak pernah putus2,
Nikmat bekeluarga yang terus harmoni,
Nikmat iman dan Islam yang masih utuh dalam diri...
Syukurku Ya Allah kerana Kau mengurniakan keimanan dan kesihatan serta rezeki kepada kedua-dua Mak Abah ku.. Mak Abah mertuaku.. adik-beradikku.. adik-beradik ipar ku.. serta kaum kerabat kami..
Kau kurniakanlah ketengan di hati mereka Ya Allah,
Lapangkanlah hati dan fikiran mereka dari sebarang masalah Ya Allah
Kau permudahkan segala urusan mereka Ya Allah
Kau kekalkanlah kami dalam Iman dan Islam Ya Allah..
Berikanlah kami kekuatan untuk istiqamah dalam beribadah kepadaMu..
Kau terimalah amal ibadah kami Ya Allah..
Kau permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah
dan Kau jauhkanlah kami dari penindasan dari hamba2Mu yang lain Ya Allah..
Syukur Ya Allah Kau mengurniakan daku isteri yang solehah dan memahami,
Kau berikanlah dia kekuatan dan kesabaran dalam menanggung dugaanMu dalam membawa zuriat kami ya Allah...
Kau berikanlah kesihatan dan keimanan kepada isteriku dan zuriat kami Ya Allah...
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang...
Permudahkanlah Ya Allah urusan bersalin kelak
Ya Allah...
Sesungguhnya hanya Engkau sahaja tempat kami mengadu dan memohon pertolongan dan perlindungan...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Terima kasih kerana mengurniakan daku kawan2 yang memahami,
sahabat2 yang membantu,
rakan2 yang beriman,
teman2 yang sanggup berkorban,
dalam aku mengharungi hidup di dunia ini.
Kau berikanlah ketengana di hati mereka Ya Allah,
Kau murahkanlah rezeki mereka ya Allah,
Kau kabulkan doa2 mereka Ya Allah
Ya Allah, Tuhan sekalian Alam,
Kau kurniakan Islam kepada kami,
Bantulah kami ya Allah dalam melaksanakan perintah dan amanahMu,
Kekalkanlah kami dalam Islam dan Iman hingga ke akhir hayat kami Ya Allah
Di hari ini Ya Allah, buat sekian kalinya, aku bersyukur Ya Allah..
Moga usia ini dipanjangkan dengan penuh keimanan, dan kekuatan utk terus beribadah kepadaMu, rezeki yang halal dan keluarga yang harmoni...
Sesungguhnya aku sedar Ya Allah,
Akhirat itu pasti,
Syurga dan Neraka itu jua benar...
Pimpinlah kami ke SyurgaMu ya Allah...
Amin ya Rabbal 'Alamin...
ilal liqa' wa maas salamah
The next task of DAP – make majority of Malaysians support the Malaysian
Dream
-
I never thought I will live long enough to be able to celebrate the 60th
anniversary of DAP. We started in 1966 when we have seven branches and less
than 1...
1 week ago


5 comments:
Karat.. Happy besday azral. semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.. Insyaallah..
=)
Eppy besday pak teh.... kakak, afeeqah, baby, papa dan mama doakan pak teh dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki.... kami tak sabar nak tunggu sepupu baru :)
Salam...epi befday..moga panjang umur yer...mendapat rahmat Allah
ameeen ya rabbal 'alamiiinnn...
smg do'a kita dimakbulkan Allah..
oo..hr lahir tuan rupenye..slmt hr jadi..:) smg diberkati usia dan sgl 'amalan selama ini, dimurahkan rezeki yg halal, diberikn kesihatan yg terbaik utk ber'amal 'ibadah, menjadi hambaNya yg soleh dan berbahagia bersama keluarga di dunia dan akhirat..ameennn...
owh..slmt menjadi abah/ayah/abi/daddy/papa/bapak di usia 28 ye!!!;)
azanov - haha sekali sekala karat... ko sok taula.. hhaha
kakak - thanks for the wishes.. tak sabar? pak teh pun tgh debar2 nih.. hehe
Hamidi - thanks for the doa... same goes to you bro..
jaja - amin.. thanks for the thot.. ohh tambah satu lagi.. kat sini local panggil baba...
Post a Comment