Wednesday, February 4, 2009

Warkah buat Zahrah


bismillah hir rahman nir rahim


Assalamualaikum wbt. Azimah Zahrah,

Biarlah Baba mulakan warkah ini dengan kalimat yang mulia, Bismillah hir rahman nir rahim.


Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta sahabat2nya.


Sudah lama sebenarnya Baba berhajat untuk mengutuskan warkah ini buat Zahrah. Namun akhirnya pada hari ke-40 kelahiranmu, Allah kurniakan Baba masa dan kekuatan untuk mengarang warkah ini. Ketika Baba mengarang warkah ini, Zahrah masih lena tidur didodoikan Ummi. Sekali-sekala terdengar jugak rengekan Zahrah minta dibelai. Ummi dan Baba, dengan izin Allah, tanpa sedikit pun kelesuan akan terus memelihara dan mendidik Zahrah sebaiknya.


Tujuan warkah ini digarap khusus sebagai panduan dan peringatan buat Zahrah sebaik sahaja Zahrah sudah mula membaca kelak. Baba ingin Zahrah juga tahu akan detik2 kelahiran Zahrah ke muka bumi ini. Baba khuatir akan penyakit lupa akan menggangu penceritaan Baba jika Baba asyik bertangguh. Maklumlah sebagai manusia, lupe tu kekadang berlaku.


Sebagai mukadimahnya ingin Baba mengingatkan Zahrah bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan wajib disembah. Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Al-Quran itu kitab kita, Hari Kiamat itu pasti, Malaikat itu ada dan Syurga dan Neraka itu wujud. Baba akan pastikan syahadah itu pegangan iman Zahrah, insya Allah. Solat Fardhu 5 kali sehari itu wajib, Puasa di bulan Ramadhan itu kemestian, Berzakat itu tanggungjawab yang mesti ditunaikan dan Menunaikan Haji di bumi kelahiran Zahrah ini.


Seterusnya, ingin Baba bawa Zahrah kepada peringatan yang dibekalkan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang tercatat dalam Al-Quran, antara lain ialah firman Allah SWT dalam mafhum-Nya:


“...Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (maksudnya, ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya] lagi Maha Mengetahui.


“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).


“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.


“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (maksudnya, ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat) dan lunakkanlah suara- mu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman: 16-19).

Malam 26 Disember 2008 itu seperti biasa. Kebetulan Baba baru mendapat tugasan untuk turun ke Jeddah beberapa hari sebelumnya. Baba ceritakan pada Ummi, pohon pandangan. Ummi Zahrah agak keberatan untuk melepaskan Baba pergi. Risau2 akan Zahrah akan lahir awal dari jangkaan doktor. Kalau ikutkan hajat Baba, memang Baba nak Zahrah lahir hujung tahun… sehujung yang boleh, janji sihat. Ummi pulak nak Zahrah lahir awal tahun.. Biar cepat matang kata Ummi. Tapi Baba dan Ummi sepakat agar tak kisahlah bila tarikhnya, yang penting Zahrah dan Ummi sihat.


Pukul 3 pagi, Baba dah lama terlena. Ummi kejutkan Baba. Ummi kata dah rasa air ketuban pecah. Tapi tak banyak.


Baba dalam keadaan mamai bertanyakan Ummi… “emm nak pi hospital ke?”


Ummi dengan tenang menjawab “ Tanya kat Mak la”


Atas nasihat Mak, kami mual berkemas secepat mungkin. Baba terus panaskan enjin kereta dan masukkan barang-barang sekadarnya. Perjalanan waktu pagi memang lengang dan tenang. Seminggu sebelum tu memang Baba dah check jalan kat hospital waktu nak bersalin… pintu yang mana, parking kat mana, nak jumpa siapa.


Sampai je di wad kecemasan, Baba uruskan pendaftaran masuk. Staf hospital pulak nakkan surat pengesahan dari opis. Ish pelik Baba.. rasanya selama ni pergi hospital yang sama, nak lagi surat pengesahan.. rupenya kalau nak bersalin ada surat lain pulak.. macam2 lah.. Baba berbincang agar surat tu dikemukakan kemudian. Sementara itu, Ummi dan Tok Hassan dan Tok Minah dah dibawa naik ke wad di atas.


Selesai urusan di bawah Baba terus naik ke wad bersalin. Tengok Tok Hassan menunggu di luar. Baba duduk sekejap. Beberapa minit kemudian doktor keluar dari pintu wad, Baba menerpa.


“How’s my wife doctor?”


“Oh, could you call all your friends and ask them to check their blood type. If they have O+, ask them to come to hospital”


Baba dalam keadaan blur menjawab “Yeah mine is O+” sedangkan Baba pun terlupa kejap Baba ni darah jenis apa.


“Yeah mine too, but it is not sufficient enough”


Baba dalam keadaan gelabah bertanya.. “Err.. What happen to my wife doctor?”


Tetiba nurse di sebelah doktor tu bercakap sesuatu..


“Where are you from?”


“Malaysia”


“You’re not Filipino? Oh I’m so sorry. My mistake”


Baba dengan merah padamnya terus kembali duduk.


Hampir terkucil Baba dibuatnya tadi.


Tak lama selepas tu Tok Minah pun keluar. Ummi sedang berbaring rehat. Doktor kata memang akan bersalin hari ni. Baba pun masuk ke dalam wad. Melihat Ummi terbaring dengan wayar2 berselirat di perut. Ummi kelihatan letih dan sekali-sekala menahan kesakitan. Hanya urutan lembut dan doa yang mampu Baba lakukan.


Keadaan labor room

Berkali-kali Baba bertanyakan Doktor Razeetha yang bertugas pagi itu mintak penegsahan yang Zahrah akan lahir hari tu juga. Kepastian diberikan dan Baba mula la mengkhabarkan kepada keluarga di Malaysia dan rakan-rakan pejabat. Mohonkan doa restu mereka.


Azan Subuh berkumandang. Baba bawa Atok Hassan pulang ke rumah dahulu, sementara Tok Minah menanti Ummi. Waktu tu bukaan masih kecil lagi. Doktor menjangkakan lewat tengah hari baru bersalin.


Kami solat di rumah dan Baba uruskan diri. Bawa barang-barang lain yang perlu. Sekali dengan Birth Plan yang Ummi karangkan. Sempat Baba beli muffin sebaik sahaj sampai semula di hospital. Hajat nak makan di atas. Sekali tak boleh bawak masuk makanan. Terpaksa la Baba ketepikan.


Baba dah mintak Mr. Reyes untuk tolong bawa balik Tok Minah pulak nanti sementara Baba tunggu di hospital. Dalam pukul 9 pagi, Reyes sampai bersama Al-Hafis. Masing-masing tak sabar nak tengok Zahrah.. La Zahrah belum keluar lagi la…


Masa makin berlalu. Ummi dah pun dapatkan bilik di hospital untuk kegunaan lepas bersalin nanti. Baba uruskan hantar sebahagian barang-barang ke sana. Sambil tu sempat jugak Ummi minum air zam-zam dan air selusuh yang Mak Wan kirimkan dari Putrajaya. Makan kurma, tu pesan kawan Baba, Auntie Baiti yang pesan.


Ramai jugak yang bersalin time tuh..

tapi Baba perasan 2-3 orang bapak je yang menunggu sekali


Pagi itu, Doktor Fatat Nabha hadir menyemak keadaan Ummi. Doktor Fatat ni doktor yang mengikuti perkembangan Ummi dan Zahrah masa dalam perut. Alhamdulillah, beliau dapat bersama bagi menyambut kelahiran Zahrah.


Selang seli doktor datang menyemak keadaan Ummi. Sister Emily yang ceria keadaannya menyejukkan sedikit gusar di hati Ummi dan Baba. Maklumlah first timer..


Jam 1230, Sister Emily sekali lagi menyemak situasi. Ingin tahu juga Baba cara dia tahu kedalaman bukaan nye tuh… ish2.. bukan senang.. Sapu cecair dan masukkan tangan, pastu tengok lendir darah tu paras mana. Ngeri pun ada. Tapi Baba buat2 macho la. Kang kalau Baba pening, Ummi Zahrah lagi pening nanti.


Sister Emily kata dan ready dah nih, Doktor Fatat dipanggil. Dan bermulalah kisah yang ditunggu2.


Dengan bantuan 2-3 sisters dan Doktor, mula la adegan ‘push’ … ‘push harder’ dan sebagainya. Kadang-kadang Baba pun push jugak. Baba tekan perut Baba sendiri, bagi tunjuk kat Ummi push kat perut. Masa tu menjejeh-jejeh darah keluar. Ummi hampir putus asa setelah setengah jam bertarung nyawa. Namun dengan rahmat Allah, ramai yang tolong Ummi. Ade setengah tu siap tekan perut tolak Zahrah keluar. Risau jugak Baba, betul ke dia tolak tuh. Tapi dengan keyakinan, sisters tu sambut baby dua jam sekali dalam sehari, maka Baba hilangkan keraguan.

Baba dah pesan nak potong tali pusat Zahrah. Doktor suruh Baba pakai sarung tangan. Tapi sebab Baba asyik pegang benda lain, so glove tu dah tercemar. Sampai 3-4 kali Baba tukar gloves.. hehe..


Lepas 40 minit, Baba nampak dah kepala Zahrah. Warna hitam.. mesti rambut nih. Baba tengok lagi. Ish macam doktor pelatih pulak.Tapi dalam hati Baba berdoa memberikan semangat pada Ummi. Tapi masa tu jugak Baba rasa nak pitam. Ish biar betul aku ni, kata Baba dalam hati. Ni nak pitam sebab perut lapar nih, campur tak cukup tidur.. :)

Tepat jam 1.37 petang, Zahrah selamat dilahirkan dan terus diletakkan atas perut Ummi. Putih bersih. Zahrah menangis tanda normal. Baba terus ditugaskan untuk memotong tali pusat Zahrah. Ummi Zahrah dah senyum kelegaan. Tangan Zahrah di tagkan, dan di letak dalam troli khas. Baba sempat menjeling dan terus mengekori nurse tuh.


Baba bagi terus botol air Zam-zam kat nurse tu mintak mandikan Zahrah dengan air Zam-Zam, sebagaimana yang telah Baba maklumkan pada Sister Emily. Nak masuk tempat mandi dan timbang tuh tak boleh, Baba duduk luar. Kembali pada wad bersalin. Baba tengok Ummi dan terlelap, sambil Doktor Fatat mula menjahit bukaan. Baba risau jugak. Lantas Baba pegang pergelangan tangan Ummi. Baru lega. Doktor bagi ubat tidur nih.


Sempat lagi Baba telefon Atuk Mazlan di Msia maklumkan Ummi dah selamat bersalin. Baby girl. 3.0 kg. Atok Minah dan Tuk Hassan kat luar wad tu bukan kemain risau lagi. Baba keluar kejap dan maklumkan pada depa. Barulah depa lega. Tok Hassan siap menitiskan air mata la. Sempat jugak Baba sms pada semua keluarga dan rakan taulan. Tok Minah masuk ke wad semula. Kali ni Guard tu bagi pulak 2 orang masuk. Bukan selalu ye tak sambut baby nih.


Sebaik sahaja Zahrah selesai mandi, maka Baba iqamahkan Zahrah. Menggeletar jugak Baba nak pegang Zahrah for the first time. Baba laungkan kalimah agung tu sambil Zahrah senyap mendengar. Alhamdulillah…..


Gambar pertama Azimah Zahrah


Zahrah diletakkan semula dalam troli khas dan di bawa ke nursery. Ummi lepas dua jam baru di bawak masuk ke bilik pesakit. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.


Kini, Ummi dan Baba memiliki Zahrah sebagai tanggung jawab kami. Terima kasih Zahrah kerana menjadikan hidup Ummi dan Baba lebih ceria dan bermakna. Kami sayang Zahrah…


Kalau Zahrah ada berduka kelak, bacalah warkah Baba ni berkali-kali. Moga menjadi penyuntik semangat buat Zahrah semula…

Baba

4 Februari 2009

Al-Wadi 32


Baba dan Tok Minah selepas Ummi bersalin

ilal liqa' wa maas salamah

5 comments:

Azfaliza Abd Latif said...

azral, tersentuh hati aku bila baca entry ni..tak tau nak cakap apa dah...semoga anak2 kita kenang jasa kita lebih2 lagi ibu yang melahirkan dorang..ibu yang mempertaruhkan nyawa untuk tengok dorang selamat menjenguk dunia...

shazali said...

I am truly touch !!!!!!

Aku harap satu hari nanti anak kau dapat baca apa yg ko post kat blog ni, harap2nya masa tu blog macam ni masih lagi wujud laa...

Don't forget, print satu salinan..utk apa yang ko tulis kat sini, then simpan di tempat selamat. Harap2nya suatu hari nanti ada la insan2 yg tolong serahkan benda tu utk dia baca.

.....
words cannot say..
.....



p/s soory bro, dah lame x post kat sini..

perantau.tt said...

azfa - doa ibu itu makbul.. doakanlah yang terbaik untuk anak2 hang.. :)

shazali - hehe insya Allah.. thanks for your advise. Nanti Zahrah dah mula membaca, aku serahkan sendiri.. :) Insya Allah

mommy Khalisya said...

btoi2 tersentuh baca entry ni...teringat masa lahirkan Khalisya Raihana...

Anonymous said...

"tiada kata secantek bahasa..."
good job bro!!!tahniah utk penulisan warkah yg sgt marvellous ini...smg hajat dimakbulkan Allah..
nmpknye ana pun nk kene start mencoret warkah buat ank ke-3 nih..start dr mula mengandung..smpila bersalin sok..pehhh..pjg giler tu!!!mano nak dicoretkan???;)