bismillah hir rahman nir rahim
lama betul rasanya tak menjenguk ke blog sendiri.. hehe apetah lagi blog kawan2...
sejak last entry, memang bz betul. tak sempat nak berkongsi cerita dgn semua. tapi alhamdulillah sumenye ok2 dan dilindungi Allah.. alhamdulillah..
banyak peristiwa yang berlaku yang menjelaskan erti kehidupan. perpisahan dengan rakan sekerja, pertemuan dengan rakan sekerja yang baru, perkumpulan manusia yang terbesar di dunia banyak mengajar dan mematangkan diri.
perkumpulan manusia terbesar di dunia
rakan kerja di riyadh
kini saya telah bekerja semula di bumi tercinta, Malaysia. kembali menyumbang ke sektor domestik negara secara langsung. maka, bagi saya tidaklah lagi ber'dendang' di timur tengah tapi di ber'dendang 'di tanah air tercinta. terfikir di dalam benak, mungkin blog ini juga akan ditamatkan secara rasmi kelak.. dengan entry terakhir berkaitan tips kehidupan di bumi arab.
kami sekeluarga telah pulang ke Msia pada penghujung tahun lepas setelah dua tahun berkelana. proses pulang ke Msia bukanlah satu proses yang mudah dan penuh dengan dugaan dan cubaan. suasana bekerja dan cuaca yang berubah pun dah banyak berubah. kene serasikan semula..
terima kasih pada semua ahli keluarga, teman sekerja, teman seperjuangan di Arab Saudi, teman seperjuangan di Malaysia yang banyak membantu proses pemindahan kami. pemergian kami dari bumi Riyadh dijamu dengan kenduri dari segenap lapisan rakan. 2 minggu yang terakhir memang penuh dengan jemputan makan. terima kasih buat semua. tak menang perut dibuatnya.. :) terima kasih juga atas tanda2 ingatan dari semua. semua saya abadikan di kediaman kami sekarang.
ni lah kediaman kuarters kerajaan... hehe umah pinjam
Zahrah dan Ummi alhamdulillah sihat.. Umminye pun dah mula bekerja. Dan kini sebagaimana yang dirasakan sejak dulu, masa semakin pantas bergerak.. rasanya macam baru tercari2 baju batik utk di pakai pada hari khamis.. ni dah mula mencari semula....
Ummi dan Zahrah dalam perjalanan kami
menjelajah bumi asia tenggara pulak.. :)
ni gambar bosses.. dlm projek yg tgh diusahakan
gambar dari koridor opis sewaktu pesta belon udara panas di putjaya
Buat sahabat bloggers yang lain, teruskan menulis... manfaat masa yang pantas berlalu. Moga ianya menjadi pahala kebajikan buat kita atas nasihat dan panduan yang dimanfaatkan oleh insan yang lain.
dgn opismate lama di riyadh. semua di msia skang nih.
Okeh, bertemu di lain masa. Tunggu streamyx masuk umah plak nanti.. ni pun update dari Muar.. :)
ilal liqa' wa maas salamah


4 comments:
didoakan kehidupan baru yang di sana pernuh limpahan barakah hendaknya...kami di sini sedang adaptasi dengan sandstorm dan perubahan cuaca pula..harap dapat ketemu nanti lagi di malaysia..salam buat azie, zahrah dan baby dalam perut....
kak ila...wa'salam...
insyaALLAH semuanya mendapat keberkatan dari Nya
setiap hari kita akan cuba mengadaptasikan hidup kita di dunia ni sebab setiap hari adalah pengalaman baru buat kita...
oittt.. lame nye xdgr cite..
dh tu jgn close plk blog ni.. sian apih a.k.a pak chu xthu cite korg.. ahiksss..
salam sheikh merangkp BOD easy pepaid..
kaifahaluk? ana, helmy rizal..biomedic engineering.sheikh ana nk tye anta ckit ni..tp ana tak sure email anta available lagi tak? blh tak enta email ana kat emyrizal@yahoo.com. atau add ana kat facebook serach jer helmy rizal..ilalliqa' sheikh..aldabest :)
Post a Comment