Friday, January 25, 2008

25 hari telah berlalu





alhamdulillah... 25 hari telah berlalu. meninggalkan keluarga tercinta, berkelana ke timur tengah, bumi tempat berkembangnya syiar Islam...

Hari ni dah masuk hari ke 25 menjejak kaki ke bumi Riyadh. Alhamdulillah urusan perjalanan dipermudahkan. Baru selesai solat Jumaat di masjid belakang ramada shrouq. jumaat kali ke-4 setakat ni di sini.

Arab Saudi wiken nye Khamis dan Jumaat. Memang selesa la untuk persiapkan diri untuk solat. Sini kedai pagi jumaat memang tutup. Kalau nak shopping memang dinasihatkan lepas waktu solat Isyak. Senang untuk bergerak.

Minggu lepas ke Dammam. about 400km from Riyadh. Stay di dhahran palace hotel. hotel yang ekonomi dan selesa. bersebelahan dengan Saudi ARAMCO (company minyak saudi).
Malaysian Community who named themselves as Kelab Perantau Timur hosted Farewell Reception for HE Ambassador Dato' Dr. Ismail.

Iklim di sana kurang ekstrim berbanding dengan Riyadh.. tak sejuk sangat.. dan bersebelahan dengan bahrain.. memang pak arab biasa ke Bahrain by road je.
sempat la berjalan-jalan di tepi pantai Al-Khobar.

Minggu pertama sampai memang timing tak betul. Pukul 8 malam sini dah berat mata, kul 3 pagi dah sedar. Riyadh subuh pukul 5.15 dan Isyak pukul 7.00 petang. tapi lepas masuk minggu ketiga rasanya dah ok. Mata pun dah ikut timing sini. :)

Sepanjang 25 hari ni, banyak perkara yang dah selesai dan masih dalam proses. Iqama (ID card di sini -yang tak siap2 lagi), pasal rumah, keje2 opis yang dah mula 'lumayan' (bak kata Pak Yubil, Diplomat Indonesia), namun berkat dan bantuan opismate yang memahami, banyak perkara dipermudahkan dan bantuan mereka. borang permohonan untuk rumah dah dihantar ke HQ untuk kelulusan. Harapnya dapat lulus sebelum 15 Feb.
Sempat juga call on First/Second Sec Indonesia, Brunei dan Thailand. Insya Allah akan usahakan untuk berjumpa ASEANmate sebelum habis bulan 1 nih.

Makan Minum? Alhamdulillah sini takde masalah. Cakap sahja nak masakan Malaysia, Thai, Pattani, Pakistan, Arab? sume boleh dapat dan boleh dimakan tanpa ragu2. Harga ada yang murah dan ada yang tinggi sikit. Setakat ni banyak jugaklah reception dah pergi. Mostly untuk farewell Ambassador.

Life? Sini life kalau tak suka shopping atau main boling atau golf.. sukar sikit la rasanya. Shopping complex memang bersepah2.. ada juga yang khas tuk Ladies je. Member kata, kalau nak masuk jugak kenela pakai Abaya (Jubah hitam yang wajib dipakai oleh Ladies bila nak berjalan keluar rumah di sini) heheh.

So far so gud, dah dapat contact family guna skype, tapi bila call Nenek ngan Atuk kat Sendayan mesti Nenek sebak.. alahai Nenek.. sayu pulak rasanya... kejap je lagi balik la cucu Nenek ni.. bulan 3 tak lama je lagi..

Thanks a lot to my family members, best frens of MAMPU - Man&spouse, Jaja, Zaid&Jijah, Amin, Hatin&daughter, Pijam&Spouse, adik-beradik AQRAB - apiet and firdaus naupa, brothers of theOrange- ayem&Iffa, shahman&daughter and nazrol yang turut sama mendoakan dan menghantar ke KLIA pada 29 Dec 07 yang lepas. Sib baik tak berapa sebak sangat sebab set in mind that i'm coming back in March for my Big Day.

Thanks jugak buat sume yang bagi farewell gifts and wishes, to name a few; Man, Jaja, Dayat, Sally, Nazrol, Baiti, Maniza, Es Zemila and last but not least Azie.

To other xferts: Afdal, Fauzi, Shahir n Wani.. aku kat sini doakan yang terbaik untuk korang di sana.. Jaga diri dan nama baik kita di sana. We r now on our own...

Gambar-gambar di tepi pantai bersama pegawai2 Embassy, Rumah Syeikh Ismail Nawab (Advisor of Saudi Aramco) dan Suasana Majlis di Dammam.

4 comments:

Frizdan said...

salam. hehe. nice blog. bykkan lagi gambo2 ye. jgn sedih2. syukur la dpt dok sana. senang nk buat haji umrah.

perantau.tt said...

thanks fiza.. wakaka nanti akan diamik gambar2 yang berkaitan. thanks for your kind words, insya Allah ada rezeki dan masa leh buat haji setiap tahun, umrah setiap bulan. :)

Anonymous said...

betul tu..gunakan peluang keemasan yg ade ni sepenuhnya azral..best tu kalau leh wat haji every yr and umrah every month..:) jgn leka dgn kayu golf and bola boling je udah ler..:p

Koboi mana boleh minum air Susu!! said...

Bro ade kawan kita suh masuk blog dia...

http://manzunited.blogspot.com/