Saturday, January 26, 2008

pilihlah sahabat yang sejati




bismillah hir rahman nir rahim...

alhamdulillah sehari lagi bernafas di bumi Allah ini dengan izin dan rahmatNya.

Pilihlah sahabat yang sejati... dunia ni terbentang luas untuk kita hayati kebesaranNya dan berkenal-kenalan dengan hambaNya.

Hari ni setelah 11 tahun rasanya, dapat berjumpa semula dengan sahabat lama. Husaini.. sahabat se floor masa form 4 kat bumi wakafan. sangat thiqah dan menjaga peribadi. Husaini yang dikenali dulu kini lebih matang dengan perwatakan dan perawakan yang sama. Mesra dan mencintai ilmu.

Terima kasih sebab sudi lawat ana kat riyadh ni husaini. Datang dengan 3 sahabat lain, Fikri, Azhar dan Zamil. Sempat la jugak berkenalan dengan Fitri (nama dia hari raya, senang nak beza ngan Fikri - dia kata la). Bakal-bakal ulama' ni belajar di Universiti Islam Madinah kecuali si Fitri masih belajar di Pusat Bahasa Jamaah Imam di Riyadh. Macam Husaini sendiri dah 9 tahun kat arab nih. lama tuh.. 1/3 dari umur kita yer husin? (husin - nama panggilan aku kat dia) dia sambung belajar master dan insya Allah sambung ke Phd (aku doakan). Cakap ngan dia ni kejap aku kejap ana. aku sebab dah mesra.. wakakkakak.. Muka Azhar sebijik macam Krie (Aqrab) dan Fikri sebijik macam Pak Ku(Aqrab) tapi dua-dua bukan sedara depa. Buat Krie kalau ko baca memang sehijik, terutama bila dia pakai Kopiah Putih tu.. macam dalam gambar ko kat PMIUM. not to mention misai dia.. hehe.. Sempat jugak berkenalan dengan akhi Karim. Org Patani dan biasa jadi official Qari kat sini kalau ade Majlis ngan King Abdullah. Masya Allah peribadi kenalan2 baru ni hebat2 belaka. terasa kecik je diri aku ni.

Terbaca pulak dalam emel pasal pesanan Al-Qamah (salah seorang sahabat Rasulluah mengenai memilih sahabat yang ringkasan seperti berikut :

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Senang tak cari sahabat macam yang disarankan? Dengan dunia yang melangkah ke zaman teknologi canggih sebenarnya segala teknologi boleh dimanfaatkan untuk menjadi sahabat yang terbaik... org kata nak carik sahabat sejati, kita sendiri kene jadi sahabat sejati...

My special thanks to Seman (x-MAMPU) yang sudi datang dari JB nak jumpa sebelum aku pi Riyadh. Hadiah ko keychain Transformer aku buat keychain kunci beg2 aku nih.. Buat Abg Najib n Khalid (UM) yang sudi datang umah dan tolong hantarkan CD arab kat Ustaz Hassan (x-IDFR). Susah2 je.. akhirnye dapat gak tgk Abg Najib bawak kete... Jas n Family (AQRAB) - alhamdulillah selesai gak account maybank tuh. Juga buat KPS Eldeen (WISMA) - sedap la makan kat Secret Recipe. (afdal merajuk sebab kata dah abis makan-- wakakak). Kak Na, Abg Mat, Ida, Rahimah, Padhil, Kak Seha, Kak Normah (WISMA) atas nasihat dan bantuan tuk posting prep. Buat Abg Awie (thanks for the discount - kim salam ngan akak), Nazrol, Dayat, Es Zemila, Maniza, Sally, Shiha, Apis Panjang yang buat farewell dinner (esp dayat la.. ko open table kan aritu.. sedap giler nasik goreng makan ngan yong tau foo tu.) Buat Shahman atas farewell game golf.. wakakak akhirnya driver aku tak sesia aku beli... ko ingat tak Hole ke-9 tu? Buat Ayem, Atan, Jiji, Jef, Pijan, Padil.. rakan2 semamak Azu Maju.. Jiji n Jaja - thanks for the serunding. Yusran (MAMPU) for farewell game futsal. Hazhar for the maggi (sekotak tuh) and supper treat, Fendi for joining us. Juga buat Bro. Apiet atas pinjaman duit dan teman shopping barang2 - sumpah tak reti beli barang2 dapur(yang aku baru bayar separuh - wakakaka), Faris n Ghani - video klip lagu korang kat KLCC masa PC Fair takkan ku lupa-wakakak. thanks tolong bawak balik barang2 aku masa tuh. Mas, Aisa, Zahar, Alias n Apiet - Farewell dinner kat tupai2. Jaja, Man Pacak and Abg Bo (MAMPU) - Supper treat kat mamak P9 (masa tu dapat tau Benazir Bhuto was killed that day)dan Abg Hasbi - jiran yang baik hati.. thanks for the transportation that day dan juga buat sume yang berhajat nak jumpa tapi tak dan ari tu.. takpe.. korang datang kenduri aku nanti k.

Last but not least to both my parents n siblings.. for ur doa, support, concern, kenduri doa selamat arrangement, duit, barang2 tuk posting and so on...


Gambar-gambar di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh. Bersama students dari Madinah dan gambar aku ngan Husaini. (org kata muka dia cam Fadzilah Kamsah)

7 comments:

Adi Osman said...

tumpang lalu azral...

aku dah link blog hang dengan blog aku kat sini! hehehehe

Anonymous said...

rakan semamak ? huahuahua

bro, nice blog. keep it updated.

aku pulak, dah tak larat nak jaga .. berkarat dahhh

Anonymous said...

huhu..sudah blh komen..pandai sudah..:D
wah, dr entry awal sampai la tak habis2 dedicatekan ucapan time kasih..bagusss..ssghnye awk sdg menuju ke arah menjadi sahabat sejati sbb ingat pd kwn2 yg berjasa dan berbudi..:) w/pon nickku disebut2 tp ku tau itu bkn aku, hanya kembar nameku..:p
so, slmtla ye merantau dan mencari rezki di tempat org..tak sangka plak same musim merantau kite..
ma'as salamah..

Anonymous said...

selamat jalan. bot nkorang laju sangat. aku ketinggalan. anyway, tumpang bangga dgn kawan2...

regards,
emang

perantau.tt said...

tariq..

thanks.. sebenarnya banyak idea aku amik dari blog ko jugak.. wakakak n memang aku dah link ngan blog hang.. ko la sifu blog ku.. wakakak

jep..

mesti mamak azu tu tertanya2 manakah pi mamat yang biasa dtng minum nescafe ais kaw... tak kira pagi petang siang malam..

ada masa leh update jep.. biasa la tu nanti datang semanagt ko balik leh update je.. btw ape add nye?

jaja,
wakakak i believe if u were in msia that time for sure ko dtg meraikan gak kan.. teringat pulak zaman kita jadi joint mc kat majlis mana tah.. ohh pelancaran pkpa.. cuak tak slide tak kuar2... wakakakak.. tu lum citer nak guling kuar dari kete... hepi belated bday! u dah tua dari i.. wakakak

emang,
dun wori, bukan silap ko pasal lambat tuh.. suh depa cepatkan proses tu...

for all,
thanks for reading and commenting my blog.. :) really appreciate that..

Azfaliza Abd Latif said...

azral..apdet le blog ni sokmo..buh gambar banyak2 ek..hehehe

-bini pijam-

perantau.tt said...

azfa - will do if time permits... thanx :)