"Hampir setengah tahun ku perap skrip ini.. bukan ape.. nak memastikan ianya yang terbaik.. hehe.. buat Fauzi, Huda sekaluarga maaflah kalau kalian menunggu catitan ku ini.. dun worry sume fakta ku simpan dalam pda ku.. tu yang masih boleh menulis nih..... :)"
Sambungan dari episod Awal
HARI KEEMPAT – 6 Oktober 2008
Perjalanan semalam masih lagi tak hilang penat. Yang aku risaukan, zaujah aku. Namun Alhamdulillah setakat ini, zaujati masih semangat dan bertenaga. Hehe semangat tengok tempat baru kot. Kami gagahi pagi itu dengan bersiar2 di Kota Citadel. Sebuah kota lama yang dikelilingi tembok.
Sebelum ke situ, Fauzi menghala ke ARMA. Atau sekarang dipanggil Dewan Malaysia Abasiyah (DMA) ARMA tu asrama rumah melayu abbasiyah. Sempat kami menunaikan solat zuhur di ARMA. Jumpa dengan Ustaz Hadi, student Kelantan, final year. Sempat la aku berborak pasal senior2 aku yang mengaji di azhar jugak. Sebahgian namanya dia kenal, namun ade yang tidak. Maklumlah azhari dari msia aku rasa ada ratusan ribu kot…

Dari ARMA kami bergerak ke Kota Citadel dengan Ust Hadi sebagai tour guide. Dalamnya ade Masjid Sultan Ali Basyar. Binaan nye sebijik macam binaan ayya sofea, masjid di turki yang pernah aku jejaki zaman persekolahan dulu.
Macam2 binaan dalam kota citadel, namun tempat yang paling popular adelah di luar masjid tu adalah skyline cairo.. memang puasla kami bergambar.


Habis sahaja lawatan dalam Kota Citadel, kami menziarah makam Imam Syafie, antara empat Imam mazhab yang muktabar.. Al Fatihah… warna hijau makamnya… Alhamdulillah sampai jugak hajat kami menziarahi makam Imam Idris AsSyafie, atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie imam mazhab kita.
Sempat jugak selepas itu kami ke Makam Rabiatul Adawiyah, agak terperosok ke dalam. Namun Ust Hadi dah biasa ke sana tak hadapi masalah utk menunjukkan jalan… Kami juga sempat menziarahi makam Saiyidah Fatimah Hasan Anwar – wali perempuan, makam Uqbah bin Amir bin Isa bin Amru – salah seorang sahabat Nabi SAW. Diceritakan ramai sahabat Nabi SAW yang kebumikan arwah nih.…. DIsamping itu, kami juga sempat menziarahi makam Imam Ibnu Hajar al Asqalani – pengarang kitab Fathul Baari.. kita yang taka sing bagi pelajar pengajian Islam.
Ustaz Hadi jugak ceritakan pasal makam Imam Hassan Al-Banna… sampaikan polis pun kadang2 folo org2 yang ziarah makam arwah.. begitu besar pengaruh beliau dalam kebangkitan Islam sekarang ini.
Satu benda yang mungkin boleh ditambah baik adalah penjagaan tempat2 bersejarah di sini.. kadang2 macam tak terjaga.. takut2 satu hari nanti akan luput ditelan dek perubahan zaman.
Malam nya kami menjamu selera kat café ARMA.. sedap masakan melayu Kelantan. Rezeki kami, malam tuh owner nya belanja makan malam.. tak keluar duit pun.. Alhamdulillah. Moga kalian dilimpahi rezeki dari Nya dengan berlipat kali ganda lagi.
HARI KELIMA – 7 Oktober 2008
Kami gerak dari rumah jam 9.30 pagi dan teruskan perjalanan ke Alexandria atau Iskandariyah.. dalam pukl 12.30 tgh hari kami sampai.. ke bandarnya.. Alhamdulillah perjalanan lancer dari Cairo. Sampai di Bandar terus kami makan.. lapar.. heh.. cuaca pun sejuk..
Then bermula pencarian hotel apartment.. dan kami pun berehat sebentar sebelum meneruskan ekspedisi kami.. heh.. walaupun hanya Fauzi yang drive.. tapi penat jugak akunye..
Petang tu kami ke King Farouk Park. Bayaran LE 5 sorang.. tempat ni femes ngan istana King Farouk dan tempat tengok sunset.. tapi awan banyak pulak petang tuh.. takdelah nampak sangat.. Kami diberitahu bahawa hiasan dalam istana tuh sumenye lambing perempuan atau punggung perempuan… sampai ada yang kata kalau nak tau berapa ramai g*ndik King F4rouk, bolehlah kira pokok kurma dalam kawasan istana tuh.. hehe memang tak terkira den.. tuk makluman, King F4rouk nih adalah Raja yang terakhir dalam sejarah Mesir.
Malamnye pulak kami terus pi jalan2 sekitar Bandar.. ade kedai seafood yang murah di situ.. dlm LE170 kami makan sampai kenyang.. murah sangat tuh.. udang fresh sekilo LE40… pergh kat Saudi tak dapat tuh.. lepas makan, kami pi lawat muzium kejap.. kecik jer.. then terus balik apartment dan rehat.

HARI KEENAM – 8 Oktober 2008
Pagi dalam 9.30 pagi kami keluar dari apartment. Terus check out la senang.. jalan teruk jem.. ish2.. dan ramai la yang pelik tgk kete Fauzi.. sebab driver belah kanan.. hehe.. siap konpius tgk aku boleh gune henpon lagik.. haha..
Kami singgah ke Alexandria Library pagi tuh. Masuk patut kene bayar, tapi Fauzi sekali lagi buat magic dia.. so tak kenela … tapi kami tak jadi masuk pun.. setakat masuk kat lobi jer.. then singah kedai souvenir.. Dalam library tu aku tau bahawa Alexander bukanlah Iskandar.. itu adalah dua orang yang berbeza. Masa kat library tu aku dapat kol dari Abah Putrajaya.. Tanya pasal kami.. pelik gak.. rupenye ade berita apartment runtuh kat Alexandria.. hemm.. kat situ kami tak aware pun.. heh.. kat Msia dah sampai beritanya..
Tengah hari tu, sempat jugak kami melwat asrama students msia tajaan MARA yang baru sampai. Termasukla adik ipar abang aku.. Izad.. yang baru je seminggu sampai jam tuh.. Nampak bersemangat dia nak teruskan pengajian tuh.. sempat la kami berborak2, bertukar kabar.. dan bagi sedikit cenderahati dari Saudi.. tapi tak sempat nak bawak makan ke ape.. maklumlah kete tak muat.. hehe dah penuh dah kete Fauzi.. hehe
Then kami teruskan perjalanan ke Roman Theatre. Yang menarik kat sini ade satu batu tu kalau pijak dan bercakap leh dengar suara kita bergema. Kalau luar sikit je dah tak gema dah suara kita.. Aku n Zaujah puas la try.. memang betul pun.. pelik kan.. tapi benar.. hehe.. tempat batu tu macam tempat org bagi ceramah berdiri.. so kat keliling tu sume ade tempat duduk batu gak.. kira kalau nak bercakap kene dir atas batu tuh.. baru sume org leh dengar.
Kemudian sempat kami singgah ke Pompey’s pillar, tinggi dan besar.. 28 meter.. jumpa pulak group tourist msians.. ramai chinese.. dalam dua bus aku rasa. Selesai bergambar sume, kami pun terus ke carefour semula tuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kota Cairo. Alhamdulillah dalam pukul 10 malam kami selamat sampai semula ke rumah Fauzi.
Tunggu siaran terakhir kembara di bumi Kinanah...
ilal liqa' wa maas salamah














3 comments:
Salam, Ustz lupo kek kito nih..
kawen tak ajak pun...
afnd_2@yahoo.com
(fendi T29)
best gilerrrr (esp seafood tuh!)
Pendi - aiyo den tak lupo lah.. den tak dapek kol ko yo time tuh.. maaf la yo.. jgn kocik hati pulak.. kang kito jumpa denbelanjo makan.. hehe
Amir - memang best bro.. meh la ziarah cairo.. hehe
Post a Comment