bismillah hir rahman nir rahim"Hampir setengah tahun ku perap skrip ini.. bukan ape.. nak memastikan ianya yang terbaik.. hehe.. buat Fauzi, Huda sekaluarga maaflah kalau kalian menunggu catitan ku ini.. dun worry sume fakta ku simpan dalam pda ku.. tu yang masih boleh menulis nih.. sepanjang tarikh ini kami masih di Mekah dan Madinah.. cume telah diset awal2... :)"
HARI PERTAMA – 3 Oktober 2008
Salam semua. Buat sekian kalinya aku menuruskan catatan travelog kami di timur tengah. Walaupun sekian lama dipendamkan kisah ini, namun setiap hari, cita-cita utk mendokumentasikannya masih subur.
Biar aku mulakan dengan sedikit catatan mengenai mesir itu sendiri. Nama penuhnya ialah Republik Arab Mesir. Menurut kata Fauzi yang menjadi watak penting dalam catatan ku ini, sebenarnya Mesir merupakan part of Afrika Utara, namun ingin jugak mengekalkan identity Arab pada namanya.

Besar Negara ini adalah 1,001,449 square kilometers. Merupakan 0.9 kali ganda dari Saudi dan lebih kurang 3.5 kali ganda dari Msia. Rakyatnya rata-rata muslim, namun terdapat jugak sebilangan besar kristian koptik.. namun yang pastinya, muka mereka adalah sama… iras yang sama.. pada pandangan mata kasar akulah… tak tahulah kalau aku duduk lama lagi di bumi yang dipanggil dengan jolokan bumi kinanah ini, mungkin aku dapat membezakan yang mana muslim dan yang mana kristian koptik.

Perjalanan kami bermula pada 3 oktober.. iaitu pada 4 syawal 1429H… heheh org lain masih sibuk beraya di rydh, kami dah memulakan langkah ke mesir, mencari pengalaman baru.
Sebelum melangkah masuk ke perut kapal terbang, kami sibuk menghubungi keluarga tercinta di msia. Maklumlah, nak jalan jauh nih, zaujah pulak tengah berbadan dua, maka setinggi doa diharapkan dari insan yang paling mulia di mata kami, tak lain tak bukan, Mak Abah. Adik beradik sume turut dikhabarkan… sambil menunggu panggilan masuk, kami membasahkan tekak dengan air mineral dan kopi… oh mahal sungguh air kat situ, confirm pas ni aku bawak dari rumah je jimat.. :)
Di Saudi ni, kalau nak keluar ke Negara lain je kene ade visa.. bukan pasal visa nak masuk Negara lain, tapi visa nak keluar dari Saudi. Takde exit visa.. tak boleh keluar… unik kan? Macam anak kecil yang nak keluar rumah, kene mintak izin dulu… tapi bagi mereka, inilah cara bagi memastikan yang keluar itu secara sah, bukan lari dari majikan dan sebagainya…
Masuk perut kapal terbang, masih kosong sedangkan masa berlepas makin hampir. Alhamdulillah kami dah booking seat awal2.. boleh la pilih tempat duduk dekat dengan pintu. Masa berlalu pantas… kapal besar tapi kosong… rupanya makin lama makin penuh.. sampai takde satu seat pun kosong dalam jangkauan mata aku… fuh.. ramainya nak balik kampong nih.. maklumlah raya… patutlah member aku kat travel agency tu kata flight penuh tapi dia cuba dapatkan jugak.. thanks bro Ahmad al-hindi.. bini dia org msia gak..
Flight bergerak akhirnya, lewat satu jam dari jadual. Flight kami petang, lepas jumaat, lepas 2 jam setengah maka Alhamdulillah kami selamat mendarat di bumi penuh barakah itu… Cairo GMT+2, lewat satu jam dari Saudi. Sampai2 waktu dah nak maghrib.. memang berbunyilah azan maghrib dari henpon ku masa menunggu visa dicop.. dalam hati berkata… rupanya airport di rydh lagi canggih…dan maju… memandangkan aku tak ingin zaujah berdiri lama menunggu, aku cuba masuk ke kaunter passport diplomatic… Alhamdulillah dilayan jugak… kalau ikut kata Fauzi, ikut rezeki ko lah.. kalau2 dia nak layan…
Sampai jugak akhirnya kami ke bumi cairo ini. Penuh dengan cerita al-azhari nya…teman2 ku jugak ramai yang azhari (gelaran bagi graduan al-azhar uni di cairo) teman2 yang pergi juga bukan calang2 orangnya.. insan terpilih jer.. dari segi akademik dan juga bagi ku akhlak mereka.
Fauzi sambut kami dengan keretanya yang baru sahaja sampai dari jepun… rezeki kami kata dia.. kebetulan kami rancang sampai ke sini, kereta dia pun sampai.. di mesir, steering belah kiri macam Saudi.. tapi steering kanan tetap dibenarkan dipandu. Lepas hampir 9 bulan tidak ketemu, akhirnya kami berjumpa jua semula… Indahnya ukhuwah itu aku rasa. Tinggal jauh di perantauan, menjadikan kami seperti adik beradik. Yelah sama2 merantau, sama tercampak di timur tengah, sama2 menghadapi masalah yang sama dan sama2 berurusan dengan org yang sama. Mesti banyak cerita yang tak tersingkap.
Dalam kereta, ada Huda, zaujah Fauzi, dan mak Fauzi yang jugak baru sampai dri Msia… Fauzi dan Huda dikurniakan seorang puteri bernama Hannani dan jugak putera bernama Fadlan
Kereta mula bergerak meninggalkan airport… maka bermulalah perjalanan darat kami di bumi para anbiya’ ini. Dalam perjalanan, sempat jugak Fauzi singgah di gerai untuk menjamu asyir ashab (air tebu) fuh.. memang nikmat aku rasa.. kat Saudi susah nak jumpa. Kalau ade pun kat Jeddah jelah.
Fauzi kata, kita terus ke rumah Mahasiswa N9… ohh org kampong ku, buat kenduri raya rupanya sempena kedatangan kami… jenaka Fauzi. Heheh… dengan badan berlengasnya kami teruskan jugak.. takkan nak kata tidak ye tak.. adab2 sebagai tetamu harus dijaga. Maka mulalah perkenalan kami dgn warga msia di mesir… memang ramai sangat… pegawai dr msia pun dah memang ramai, apatah lagi campur dengan students… memang meriah.
Selesai di rumah n9, kami teruskan perjalanan pulang. Dalam hati, aku mengkagumi Bandar cairo ini.. cantik… rasa macam kat msia pun ade. Dengan students msia yang aku boleh nampak di mana2, bangunan yang tinggi2 macam flat dan apartment kat msia, aku rasakan aku kembali ke kampong halaman.
Rupanya di sini memang penempatan yang popular adalah jenis apartment. Tapi memang besar.. bentuknya besar memanjang ke belakang… ada 3-4 bilik dengan hiasan yang mewah dan bilik air yang besar… mata aku membuat rumusan berdasarkan rumah Fauzi… sampai pukul 1 kami berborak sebelum masing2 mengundurkan diri untuk merehatkan badan.
HARI KEDUA – 4 Oktober 2008
Pagi tu kami berehat2 santai di rumah Fauzi. Bertukar2 cerita dan isu. Menurut Fauzi, Kaherah tengah lengang sebenarnya. Walaupun aku masih Nampak kereta banyak di jalan. Maklumlah org masih beraya, masing2 balik ke kampong masing.. macam org KL balik raya la kat msia…
Tengah hari kami gerak ke rumah mahasiswa Kedah pulak.. masih acara yang sama. Jamuan raya. Kali ni memang best giler makan. Memang depa kata kantin kat situ antara yang tersedap la kat sini. Puaslah aku makan mee sup dia.. makan free beb.. hehe.. sempat aku bertemu ngan former YDP mhsswa Kedah, Fadhlan.. tahun terakhir kalau tak silap. Menurut Fadhlan ada 947 kedahan kat situ.. punyalah ramai… teringat aku kat teman2 wakafan esp. rumet ku muttaqi.. org kedah gak.. azhari gak, sameer pun sama.. depa ni aku rasa takde nak duduk situ kot.. sah2 duk umah sewa.. hehehe.. tapi bangunan asrama tu memang cun la.. baru siap rasanya.
bersama warden Kedah... Pak Ya
Sambil2 borak, aku teringat pulak arwah Zaki Ayob, senior aku kat wakafan. Kes arwah dulu ni kira agak femes la jugak masa kejadian, sementelah adik arwah satu batch ngan aku… Al Fatihah buat arwah dan keluarganya.
Balik dari rumah kedah kami sempat singgah di kedai brg2 baby… Fauzi tgk2 barang.. katanya murah. Aku dan zaujah pulak sekadar membanding2kan harga dengan Saudi.. kang beli kang berat pulak nak bawak balik.. hehe. Sebelum sampai ke rumah semula, sempatlah kami menjengah hard rock cafĂ© cairo dan makan kat planet Africa.. menarik restoran tuh.. macam2 binatang ade.. hehe…
Sampai rumah kami amik haluan masing2 ke bilik tidur… penat… :)
HARI KETIGA – 5 Oktober 2008
Pagi ni, kami bersemangat utk truskan misi jelajah afrika utara nih.. hehe.. cairo jer.. kami ke tempat2 yang jadi sebutan… Pyramid Giza la.. Dengan hemah Fauzi, kami dibenarkan masuk dan parking di dalam. Biasa kete plate diplomatic nih boleh masuk percuma. Cume kete Fauzi sebab baru lagi, maka plate kete pun lum siap lagi.. pakai lah plate jumruk (sementara).. maka kenelah hulur duit gak kat guard tuh.. hem jgn tak tahu bumi ni memang biasa dgn tips nye.. buat keje sikit kene bagi tips.. walau 1 pound pun (1 junaih).
kebanggaan rakyat egypt ...
Di kawasan pyramid, manusia melimpah, walau cuaca panas terik… namun kami gagahkan jugak mengambil gambar.. puaslah jugak bergambar2 kenangan. Maklumlah bukan selalu datang kan… ade tiga pyramid kat kawasan tu.. yang besar2 lah.. yang kecik2 pun ade.. banyak gak offer unta tuk ditunggang… tapi kat Saudi pun banyak.. hehe cume takde pyramid jer.. sempat jugak kami membeli2 souvenirs utk diri sendiri dan teman2 di rydh.
Lepas puas bergambar bagai kami kelaur semula, singgah makan sebentar di fast food restaurant. Lepas makan kami teruskan penjelajahan ke museum Egypt… tempat terletaknya jasad firaun… haha masa nilah jadi benda yang nyaris2 aku kehilangan henpon ku.. haha tangan gatal biasalah.. Fauzi dah pesan jgn amik gambar.. tapi aku nak gak amik gambar.. last2 kantoi ngan guard yang matanya memang tajam aku rasa… gelabah kejap.. tapi aku cakap aku nak delete la.. haha amik ngan henpon kan.. nak jugak tuh.. tapi lepas cakap2 pujuk2 lepas la.. Fauzi kata kalau hulur je duit tu no problem.. sekali lagi mata duitan betul depa nih… haha.. last2 aku hulur la 10 pound buat cover malu.. hahah… sempat la kami tgk macam2 dlm tuh.. kalau tgkkan kecik je firaun tuh.. sama size cam kita jer.. muka, badan dan ketinggian… sebab aku compare dengan mask yang dia pakai sebelum disemadikan.. mask tu akan dilukis dengan muka sebenar firaun masa tuh, dan dipakaikan seolah2, bila rohnya dtg semula, boleh cam mana satu jasadnya… berdasarkan muka yang dilukiskan tuh.
kawasan depan museum.. penuh betul org datang
Kami tak ronda lama kat dalam museum. Badan pun letih berjalan dari pagi. Kami buat keputusan tuk terus pulang. Nak masuk museum kene bayar sebenarnya, tapi Fauzi sekali lagi menggunakan kebijaksanaannya utk melepasi semua itu. Tapi dalam museum pun ade satu kawasan khas tuk jasad firaun.. mumia yang asli la.. hhhohohohohoh…
Tapi kene bayar lagi 100 pound kalau nak masuk.. tu yang Fauzi kata, dah la masa hidup menyusahkan org, dah mati pun menyusahkan org lagi.. hehe. Kami tak masuk pun.. tak sesuai..
Sampai rumah rest kejap dan kami terus bersiap tuk ke Nile River pulak.. naik kapal makan malam sambil mengelililngi sungai Nil… satu pengalaman yang tak ternilai… Nilah sungai yang selalu disebut2 itu… sungai yang mengalir di tengah2 bandar cairo dan membentuk kepulauan kecil di situ..antara tempat yang dipanggil Zamalek.. tempat yang dikatakan elit.. dan terletaknya embassies kat situ.
Sungai Nil juga mencatat sejarahnya sendiri sebagai sungai yang pernah menerima surat dari Saidina Umar r.a. Kisahnya sungai Nil pernah mengering, dan ketika itu Gabenor Amru Al Asr bertanya Saidina Umar r.a bagaimana menghadapi situasi itu. Maka di utuskan surat dari Saidina Umar r.a. kepada sungai Nil dan dibacakan.. dengan izin Allah s.w.t, maka keluarlah air sungai Nil dan sungai itu tak pernah kering lagi…
Oh yer… sepanjang makan malam tuh, ada tarian gelek.. ye satu lagi kebudayaan org mesir yang masih kekal sehingga kini…
Kita sambung di lain rancangan pula yer... :) tunggu...
ilal liqa' wa maas salamah





2 comments:
wah... best betul menziarahi bumi anbiya'... pengalaman yang tak ternilai... zahrah kira dah g la time tu walaupun masih dlm perut umminya.. hehe
FirJah- hehe best kan.. tula ade member leh la pi.. kalau tak sakit gak nak duduk hotel kat situ.. k=ni kira ekonomi tu pakej pelancongan la.. hehe.. heh aah Zahrah mai sekali dalam perut Ummi dia.. :)
Post a Comment